Pages

Thursday, September 26, 2013

Pingat



Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Negeri Selangor Darul Ehsan

PJK tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah berbuat jasa yang cemerlang kepada Negeri selain daripada keberanian handal iaitu perkhidmatan yang berupa daya utama dan setia dalam menjalankan kewajipan, termasuk perkhidmatan yang lama dengan menunjukkan kebolehan yang luar biasa, jasa kebaktian dan kelakuan yang memberi contoh teladan. 




Tuesday, September 24, 2013

INTAKE 165/91

Angkat sumpah darah satria Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) pada tahun 04 Jul 1991
di PULAREK Woodlands Singapura Intake 165/1991 seramai 110 anggota.


Saturday, September 21, 2013

Ikan Kelisa, ikan kesayanganku... tengah layan sambil makan anak ikan...



Tuesday, September 17, 2013

Telefon Bimbit Ku...

2002 - ini telefon bimbit pertama aku yang dibelikan oleh arwah ayahanda. pada Sep 2013 baru2 ini tengah kemas bilik, terjumpa pulak kotak Nokia 3310... tinggal kotak kosong je...


2013... banyak juga...



Monday, September 16, 2013

Burung apa...

Bila dah bersara ini tak payah dan sibuk-sibuk nak jaga budak-budak navy... sekarang jaga burung pulak senang je... bagi makan, mandikan dan cuci-cuci sangkar... layan kerenah burung pulak...


Saturday, September 14, 2013

Selamat Hari MALAYSIA yang ke 50 - 2013

Walaupun dah bersara (pencen)semangat merdeka berkobar-kobar dengan pokok anggurnya dah berbuah... Malaysia Berdaulat - Tanah Tumpahnya Darahku yang Ke 56... dan Selamat Hari MALAYSIA Yang Ke 50 tahun...

Friday, September 13, 2013

Peralihan di PERHEBAT

Alhamdulillah... lega sungguh kursus peralihan kat perhebat sudah selesai 02 Jul 2012 hingga 30 Jun 2013... sekarang kena tunggu sijil tahap 1 dan tahap 2 MPPU... dah boleh hantar resume cari kerja...


Thursday, September 12, 2013

EMAS...

Kepada pemilik emas yang berhasrat ingin menjualkan emas terpakai bagi tujuan mendapatkan tunai untuk menjalankan ibadah umrah, Kami menyeru kepada semua Pemilik FIZIKAL EMAS yang kini dalam situasi kerugian, digalakkan bertemu kami untuk memahami kaedah "MENGEMBALIKAN NILAI KERUGIAN EMAS"

p/s: Biarkan Nilaian Emas Bekerja & Memaksa Diri Anda Menerima Keuntungan


"Dapatkan Jualan balik Emas Anda Dengan Harga Yang Tertinggi" - Hubungi mustafa 012-2705658


PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK)

817828 PEGAWAI WARAN II PAP MUSTAFA BIN MOHD SAID PJK, PPS, PPA.
& ISTERI TERSAYANG

Sempena Menyambut Ulang Tahun keputeraan Yang Ke 67 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Istidat Pengurniaan Pingat-Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan pada Hari Khamis 22 Ogos 2013 Bersamaan 15 Syawal 1434, Jam 2.00 petang Di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

Wednesday, September 11, 2013

Selamat Bersara...

Asalamualaikum Dengan ini saya 817828 PW II PAP Mustafa bin Mohd Said (bersara) pada 26 Jul 2013 tamat sepenuhnya sudah saya sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM khasnya dan am Angkatan Tentera Malaysia berhidmat selama 22 tahun (246 bulan) dalam bulan yang mulia ini saya ucpakan selamat bersara kepada semua skot Intake 165/91, minta maaf banyak-banyak halalkan makan minum saya selama ini, kalau saya ada hutang cepat-cepatlah beritahu...

Tuesday, September 10, 2013

Dunia Awam

Saya mustafa mohd said bekas tentera laut yang telah tamat perkhidmatan selama 22 tahun/264 bulan pada 26 Jul 2013. Pangkat terakhir ialah Pegawai Waran II PAP. Unit terakhir KD SRI KLANG Pulau Indah - ditempatkan Kem PLKN Putera Puteri Alor Gajah Melaka.